10 November 2011

KONVOKESYEN

Assalamualaikum.

Hurm sudah lama rasanya tidak menaip disini, rindu pulak rasanya. Hehehe (^__^)
Hari ini hendak bercerita pasal Istiadat Majlis Konvokesyen 16 Institusi Jabatan Tenaga Manusia  yang telah berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 1-3Nov 2011.

Majlis saya berlangsung pada 1Nov iaitu sidang 1. Awal2 pagi lagi sudah kena bersiap kerana perlu berada di PICC pada pukul 7.15 pagi.Ini merupakan konvo yang ketiga tapi kali pertama pergi konvo memandu sendiri, bawak mak,abah n akak aka Manje (",).

Saya merupakan orang yang kedua menerima skrol daripada Y.B.Datuk Seri Dr S.Subramaniam iaitu Menteri Sumber Manusia, sepatutnya orang pertama tapi disebabkan terlalu gemuruh saya mintak kawan jadi orang yang pertama,hehehe.

Konvokesyen kali ini begitu bermakna kepada saya kerana insan2 yang paling penting dalam hidup serta yang saya sayang telah datang. Terharu yang amat sangat kerana akak Manje telah turun dari Sungai Petani untuk menghadiri konvo saya kali ini. Terima kasih buat mak,abah,en.tunang tersayang n akak tersayang Manje kerana sudi meluangkan masa untuk datang ke majlis konvo saya.

Tahniah juga buat rakan-rakan seperjuangan kerana kita semua telah berjaya. Segala penat lelah kita semua sudah terbayar. Semoga kalian semua akan 'Success' dalam hidup.

Disini saya kongsi gambar2 yang sempat diambil.





Terima kasih yang tidak terhingga kepada insan2 tersayang kerana sanggup meluangkan masa menghadiri konvo saya.'Thanks a lot'.

LOVE U ALL SO MUCH

6 comments:

  1. huhu baru update... lama benar tunggu ye... uiks byknya org2 tersyg dia ek...

    apapun tahniah sempena konvokesyen adik ~

    ReplyDelete
  2. hehehe sudah begitu lme x update...
    org2 t'syg yg 4 org dlm pic tu r...

    terima kasih kak sebab sudi datang adik konvo.happy sgt2.

    ReplyDelete
  3. yola... mmg hepi wlpn kelam kabut sgt... yg penting ada gmbr kat studio ~

    ReplyDelete
  4. mmg sgt2 kelam kabut.start dr awl hingga akhir.nak amik gmbr berdua dgn akk pun x smpt.sgt2 rugi.huhuhu

    ReplyDelete
  5. tau takpe... sedih tau... :(

    ReplyDelete