01 July 2016

MISI BERJAYA

Assalamualaikum...

Alahamdulillah Ramadhan tahun ini berjaya khatam Al-Quran sebelum 30 Ramadhan....

Semoga dapat ketemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan....

Semoga yang lain- lain pun sama...
Ya Allah sayunye hati Ramadhan akan meninggalkan kita beberapa hari sahaja lagi....

Semoga bertemu lagi di entri akan datang...

06 June 2016

RAMADHAN DATANG LAGI

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan buat semua...
Semoga kehadirannya memberi 1000 satu makna dalam hidup setiap insan...

Tahun kelima berpuasa bersama keluarga kecil saya...

Alhamdulillah dapat bertemu lagi dengamu...




01 June 2016

Sakit Penghapus Dosa

Assalamualaikum...

Sudah lama blog tiada apa-apa entry...
Hari ini terasa ingin menaip semula,selepas permitaan dari kekanda tersayang yang berada jauh nun di Sungai Petani...


Hari ini sudah hari ketiga demam.Dan pertama kali demam sebab tonsil bengkak teruk & ada ulser.Alhamdulillah da beransur baik.Tapi kesian dekat anak-anak.Nasib masing-masing pandai bawak diri.

Terima kasih pada mak & abah yang on the spot datang KL sebab last minute mintak depa datang tolong jagakan anak-anak kerana suami kerja luar kawasan.Terima kasih jugak kepada nyah & keluarga kerana banyak membantu...

Setakat ini dulu omelan saya buat kali ini.Jumpa lagi di entry yang akan datang...



31 December 2012

PERMATA HATI

Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah aku telah selamat melahirkan cahaya mata yang pertama pada 6.12.2012M bersamaan 23 Muharam 1434H pukul 19.42 malam.

Aku telah dikurnikan seorang puteri yang comel,muka persis seperti abahnya.Boleh dikatakan anak abah la.
Aku dan suami telah sepakat menamakan puteri kami dengan nama Nur Bashirah iaitu cahaya bijaksana.

Alhamdulillah sepanjang 25 hari ini puteri aku tidak mempunyai banyak masalah,cuma akan meragam apabila lapar dan basah,itu adalah normal bagi bayi yang baru lahir.

Berikut adalah gambar puteriku.

Baru 1minggu

Ni mase 2minggu

21 November 2012

MENGHITUNG HARI

Sedar tidak sedar,sudah tinggal 16 hari sahaja lagi aku dan suami menanti kehadiran orang baru dalam hidup kami.(Bakal Penyeri Hidup Kami)

Macam-macam perasaan ada sekarang ni.Rasa gembira,tidak sabar dan takut bercampur baur.
Berharap semoga dipermudahkan segalanya nanti.

30 October 2012

MINGGU KE 35

Assalamualaikum.

Hurm diam tidak diam, sudah masuk minggu yang ke 35.Rasa macam baru semalam aja dapat tahu yang aku  sudah mengandung.

Alhamdulillah setakat ini baby tidak ada masalah, cuma ibu aja yang sering tidak sihat sejak akhir-akhir ini.
Aku dan suami masih lagi belum tahu jantina baby, sudah dua kali buat imbasan, tapi tidak nampak. Anak ibu & abah ni betul-betul nak nak buat kejutan (^_^).

Aku seperti merasakan baby yang berada dalam perut ini adalah baby boy. Abahnye pun merasakan begitu.
Walau apa pun jantinanya kami terima dengan hati yang redha. Yang penting baby yang bakal lahir ini sempurna dan sihat.

Bermacam perasaan yang aku rasakan sekarang ini. Takut bercampur gembira. Takut sebab pertama kali akan melalui proses bersalin, gembira sebab tidak sabar untuk menantikan kelahiran baby pengikat kasih sayang antara aku dan suami tercinta.

Hurm setakat ini dulu omelan aku buat kali ini. InsyaAllah juumpa lagi di lain entri.

11 October 2012

DEBARAN MAKIN TERASA

Assalamualaikum.

Ape khabar semua.Berharap semua berada didalam keadaan sihat-sihat sahaja disamping yang tersayang.Sudah lama rasanya membiarkan blog ini tidak ada apa-apa entri baru.

Hurm,sebenarnya hati kecil ini sering meronta-ronta untuk menaip entri baru,tapi apakan daya disebabkan keadaan tidak berapa mengizinkan.

Hati ini semakin berdebar-debar bagi menunggu kelahiran anak sulung.Bermacam perasaan terasa, takut,gembira,tidak sabar dan pelbagai perasaan yang bercampur baur.

Alhamdulillah setakat ini kesihatan saya dan kandungan berada didalam keadaan yang baik.Dua minggu lagi ada pemeriksaan rutin dan berjumpa dengan doktor di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.Mudah-mudahan semua urusan berjalan dengan lancar.

Setakat ini dulu oemaln saya buat kali ini.InsyaAllah kita akan bertemu lagi dilain entri.