30 October 2012

MINGGU KE 35

Assalamualaikum.

Hurm diam tidak diam, sudah masuk minggu yang ke 35.Rasa macam baru semalam aja dapat tahu yang aku  sudah mengandung.

Alhamdulillah setakat ini baby tidak ada masalah, cuma ibu aja yang sering tidak sihat sejak akhir-akhir ini.
Aku dan suami masih lagi belum tahu jantina baby, sudah dua kali buat imbasan, tapi tidak nampak. Anak ibu & abah ni betul-betul nak nak buat kejutan (^_^).

Aku seperti merasakan baby yang berada dalam perut ini adalah baby boy. Abahnye pun merasakan begitu.
Walau apa pun jantinanya kami terima dengan hati yang redha. Yang penting baby yang bakal lahir ini sempurna dan sihat.

Bermacam perasaan yang aku rasakan sekarang ini. Takut bercampur gembira. Takut sebab pertama kali akan melalui proses bersalin, gembira sebab tidak sabar untuk menantikan kelahiran baby pengikat kasih sayang antara aku dan suami tercinta.

Hurm setakat ini dulu omelan aku buat kali ini. InsyaAllah juumpa lagi di lain entri.

No comments:

Post a Comment