25 May 2011

Selamat Hari Lahir Mak

Assalamualaikum...

Sudah lama rasanya tidak ada apa2 entri baru dalam blog ni. Bukan tidak rindu untuk berblog dan ziarah rumah kawan2, tapi sekarang ini agak sibuk dengan urusan kerja.

Saya hendak kongsi hari bermakna ini dengan kawan2 sume. Hari ini merupakan hari
ulang tahun kelahiran mak yang ke 67. Adik mendoakan semoga mak diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati olehNya didunia & akhirat. Semoga mak gembira disamping abah dan kami semua.

Mak jenis orang yang tidak banyak cakap sama macam abah, cakap bila perlu sahaja. Tapi bila mak sudah marah sendiri mau ingat la hehehehehe. Mak akan membebel sampai dia rasa puas hati dan kita pun sudah tidak larat hendak mendengarnya. Kadang2 bila duduk jauh ni rasa rindu pulak hendak dengar mek membebel :-). Emak seorang yang mudah untuk dibawa berbincang, yang paling penting mesti dengar cakap dia jangan membantah.

Masakan mak adalah yang paling sedap. Bila balik bercuti mesti minta mak masak macam2, kadang2 sampai tidak tahu hendak makan yang mana sebab banyak sangat benda yang hendak dimakan. Selalunya akan minta mak buatkan tauhu masak sambal, gulai taucu ikan sungai dan ayam atau ikan masak kicap. Pergh memang sedap, boleh naik berat badan. Hehehehe.

Bersyukur kepadaNya kerana telah dapat melaksanakan impian mak & berharap semoga dapat membalas segala jasa serta pengorbanannya yang tidak ternilai itu.



Bersama mak
I LOVE U SO MUCH MAK 

Setakat ini dulu omelan aku buat kali ini. Jumpa lagi dilain entri.


2 comments:

  1. salam..

    makcik..selamat hari lahir..

    selamat berpuasa sha..

    ReplyDelete
  2. cikceria>> wasalam.terima kasih.
    selamat berpuasa juga bt cikceria.

    ReplyDelete